Raya tahun ni entah kenapa dirasakan kurang meriah jika hendak dibandingkan dengan raya tahun lepas. Nak kata ada yang tak balik semua dah ada dikala raya ke dua (kecuali orang UK la). Tahun ini juga kami tidak mengambil gambar beramai-ramai seperti tahun yang lalu.
Nampaknya sifat berpuakpuak di kampung ni semakin meruncing kerana tahun ini adalah tahun ke dua kami tidak buat baraan di rumah. Orang Islam semakin berpecah belah hanya disebabkan ketidak sefahaman fahaman politik dan bangsa beragama lain hanya senyum dengan sinis melihat perpecahan umat Islam.
Malas nak fikir dah. Jom layan gambar-gambar raya yang sempat saya tembak dengan menggunakan kamera cap ayam saya